Thursday, February 23, 2012

Majlis Pelantikan Pengawas ICT 2012

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas ICt dan Ketua Darjah 2012 telah diadakan pada 13 Februari 2012 di Dataran Gemilang, SKKG. Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj. Rahman bin Hj. Bakar.

Thursday, February 9, 2012

Wednesday, February 1, 2012

Ujian PERMATApintar

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama UKM1 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa pencarian bakat pelajar pintar cerdas saringan pertama akan diadakan secara online bermula pada 1Februari-30 April 2012.
Syarat-syarat:
Bagi pelajar berusia 8-15 tahun yang berminat:
1) Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATA Pintar Negara 2012 (pelajar 9-15 tahun)
2) Perkhemahan Permata Insan 2012 (Pelajar Islam 8 tahun : di USIM)
3) Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATA pintar Sesi 2012 (15 tahun sahaja)

Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet.

Bagi murid-murid yang berminat boleh melayari laman web rasmi atau klik dialamat berikut http://www.permatapintar.edu.my untuk makluman lanjut.

Semoga berjaya!

KIOSK INTERAKTIF

Semua pelajar boleh menggunakan dan melayari internet terutamanya program Zoom-A.  Sudut ini terletak di tepi kantin bangunan C. Tujuan kiosk ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan budaya ICT di kalangan pelajar selaras dengan visi ICT sekolah iaitu 'MENJELANG 2015 SELURUH WARGA SKKG AKAN MEMBUDAYAKAN ICT'

Sudut Kolaborasi Panitia Bahasa Inggeris dan ZOOM-A



Sudut ini terletak di Laluan Ilmu Bangunan C. Pelajar boleh membaca cerita yang berbahasa inggeris di muka monitor komputer.

Ucapan Terima Kasih

 Makmal Komputer SKKG telah mendapat 30 unit kerusi dan 8 unit meja untuk kegunaan sekolah. Ucapan terima kasih kepada Puan Noraini Bt Ahmad Guru Besar SK Tanjong Minyak, Melaka yang telah memberi perabut tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...