Pengenalan
Hari ICT adalah merupakan satu program julung-julung kali diadakan di sekolah ini, sejajar dalam memenuhi trend masa kini di dalam era IT. Ia dilaksanakan bagi menyahut cita-cita murni negara untuk membestarikan sekolah. Di samping itu diharapkan program yang dijalankan ini dapat membina dan mengekalkan budaya penggunaan ICT di kalangan guru dan pelajar.
Program Hari ICT ini akan dilaksanakan di sekolah ini sebagai satu program tahunan. Semoga usaha ini akan membantu penghasilan warganegara yang celik IT.
Matlamat
Mewujudkan budaya ICT di kalangan warga SK Kampong Gelam.
Objektif
- Menjadikan pelajar celik ICT dan berwawasan dalam memajukan diri.
- Menambah ‘contact hour’ antara pelajar dan komputer.
- Meningkatkan kesedaran tentang pendidikan sepanjang hayat melalui ICT
- Menggalakkan perkongsian ilmu dan penggunaan ICT dalam pendidikan
- Mewujudkan jalinan rangkaian kepakaran dalam pendidikan
PERANCANGAN AKTIVITI
Aktiviti Pusat Akses Sekolah
-Tahap 1 – Melabel dan mewarna komponen komputer (dwi bahasa).
-Literasi maklumat.- lawatan ke Pusat Akses Sekolah semasa waktu rehat.
Aktiviti Makmal Komputer
-Tahap 2 – Literasi Minda ICT
-Pameran hasil kerja pelajar dan komponen komputer semasa waktu rehat dan balik di Makmal Komputer.
-Mempromosikan Sudut Bacaan ICT
Aktiviti PPSMI
-Pertunjukan Robotik oleh pelajar wakil sekolah waktu rehat Tahap 1 dan Tahap 2.
-Pertandingan membina bahan P&P (Microsoft PowerPoint) terbuka kepada semua guru secara individu atau berpasangan (tarikh tutup 12 Ogos 2009)
Aktiviti Juruteknik
-Memperkenal, buka dan pasang komponen komputer.
Aktiviti Selepas Persekolahan
Pertandingan menghias pantun (Microsoft Word) terbuka kepada semua pelajar.
(Masa setiap sesi 30 minit)
Majlis Pelancaran Hari ICT 2009
Tarikh : 28 Julai 2009
Masa : 8.00 pagi (Perhimpunan pagi Selasa)
Tempat : Tapak perhimpunan
Perasmi : Tn Hj. Mohd Nor bin Abu (Penolong Pengarah BTPN Melaka)
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
Tarikh : 17 Ogos 2009
Masa : 8.00 pagi (Perhimpunan pagi Isnin
Tempat : Tapak Perhimpunan
Oleh : Tn. Hj. Rosli bin Abu Bakar (Guru Besar)