Sunday, April 25, 2010

Peraturan Makmal Komputer

1. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
2. Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Guru Penyelaras ICT.
3. Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.
4. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Guru Penyelaras ICT.
5. Pelajar dilarang melaraskan pengdingin hawa.
6. Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.
7. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.
8. Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
9. Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.
10. Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.
11. Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
12. Dilarang membuat bising di dalam makmal.
13. Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu.
14. Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer.
15. Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.
16. Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras.
17. Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan oleh guru.
18. Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.
19. Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log komputer.
20. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.

Friday, April 23, 2010

Ujian Saringan PERMATApintar UKM1 Versi 2010

UJIAN SARINGAN PERTAMA PERMATApintar UKM1 VERSI 2010: 1 MAC – 31 MEI 2010
Sukacita dimaklumkan, Ujian PERMATApintar UKM1 Versi 2010 secara talian telah bermula pada 1 Mac 2010 dan akan berakhir pada 31 Mei 2010. Ujian tersebut adalah bertujuan untuk mencari pelajar pintar cerdas berusia 7 tahun hingga 15 tahun untuk menyertai Program PERMATApintar Negara.
2. Sehubungan dengan itu, pelajar boleh mengambil ujian secara talian (on-line) melalui laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my dan boleh mengambil di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan tempat-tempat lain yang boleh mengakses rangkaian in ternet. Ujian tersebut adalah terbuka dan pelajar boleh berhenti pada bila-bila masa dan menyambung semula ujian tersebut hingga tamat dengan memasukkan nombor MYKAD/MYKID/Surat Beranak. Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
3. Pelajar yang berjaya melepasi skor kelayakan untuk menduduki ujian saringan kedua UKM2 yang akan dimaklumkan melalui laman sesawang mulai 7 Jun 2010. Ujian saringan kedua akan dilakukan secara terkawal pada tarikh dan pusat ujian yang akan dimaklumkan melalui laman sesawang PERMATApintar.

Thursday, April 22, 2010

Waktu Perkhidmatan Makmal Komputer

ISNIN HINGGA KHAMIS
Jam 7.45 pagi - jam 5.00 petang

JUMAAT
Jam 7.45 pagi - jam 12.00 tengahari
Jam 2.30 tengahari - jam 5.00 petang

Friday, April 16, 2010

Perkhidmatan Makmal Komputer

* P&P berkomputer
* Pembelajaran atas talian [on-line]
* Penggunaan komputer
* Penggunaan aplikasi Microsoft Office
* Penggunaan pencetak/pengimbas
* Internet
* Penggunaan dan pinjaman CD Pendidikan
* Sudut pameran komponen komputer
* Sudut informasi Zoom-A
* Sudut pameran hasil kerja murid
* Sudut pameran CD Pendidikan
* Sudut bacaan

Wednesday, April 14, 2010

Objektif Makmal Komputer

Membantu guru-guru ke arah pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan.

Melengkapkan guru dengan kemahiran pembelajaran multimedia.

Memperluaskan pengalaman serta pengetahuan sedia ada pada guru.

Membentuk generasi sekolah yang cintakan ilmu.

Melahirkan pelajar yang mampu bersaing dalam era ICT.

Pengenalan Makmal Komputer

Makmal Komputer SK Kampong Gelam merupakan komponen Pusat Sumber Sekolah yang telah siap dibina pada bulan Ogos 2003. Hingga sekarang, makmal ini mempunyai sebanyak 22 buah komputer multimedia beserta sebuah komputer pelayan yang disambungkan terus ke jaringan internet melalui rangkaian MySchoolNet.

Makmal komputer ini merupakan salah satu entiti penting bagi warga SK Kampong Gelam di atas keberkesanannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan penggunaan cakera padat bahan bantu mengajar yang disediakan, guru dan murid telah menggunakan sepenuhnya makmal ini dengan baik dan menyeluruh. Struktur jawatankuasa makmal pula terdiri dari guru-guru komputer dan dibantu oleh para pengawas serta wakil murid yang telah dipilih khas.
Harapan kami agar Makmal Komputer ini mampu untuk membantu melahirkan warga SK Kampong Gelam sebagai murid yang mahir dan celik I.T bagi menyahut Wawasan Pendidikan yang sering dilaungkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...