Friday, April 23, 2010

Ujian Saringan PERMATApintar UKM1 Versi 2010

UJIAN SARINGAN PERTAMA PERMATApintar UKM1 VERSI 2010: 1 MAC – 31 MEI 2010
Sukacita dimaklumkan, Ujian PERMATApintar UKM1 Versi 2010 secara talian telah bermula pada 1 Mac 2010 dan akan berakhir pada 31 Mei 2010. Ujian tersebut adalah bertujuan untuk mencari pelajar pintar cerdas berusia 7 tahun hingga 15 tahun untuk menyertai Program PERMATApintar Negara.
2. Sehubungan dengan itu, pelajar boleh mengambil ujian secara talian (on-line) melalui laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my dan boleh mengambil di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan tempat-tempat lain yang boleh mengakses rangkaian in ternet. Ujian tersebut adalah terbuka dan pelajar boleh berhenti pada bila-bila masa dan menyambung semula ujian tersebut hingga tamat dengan memasukkan nombor MYKAD/MYKID/Surat Beranak. Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
3. Pelajar yang berjaya melepasi skor kelayakan untuk menduduki ujian saringan kedua UKM2 yang akan dimaklumkan melalui laman sesawang mulai 7 Jun 2010. Ujian saringan kedua akan dilakukan secara terkawal pada tarikh dan pusat ujian yang akan dimaklumkan melalui laman sesawang PERMATApintar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...