Wednesday, October 27, 2010

Memuat turun gambar dari facebook

Baiklah adik-adik di sini ada cara bagaimana mahu memuat turunkan gambar untuk simpanan peribadi dari album facebook.
1. Klik kanan pada gambar yang adik-adik mahu dalam album facebook.
2. Klik 'Save Image As'
3. Klik 'Save"
4. Gambar telah di muat turun dalam folder Downloads
Selamat mencuba.......

Monday, August 9, 2010

Majlis Penutup Minggu ICT 2010

Johan Melukis Poster Berkomputer -Cik Hjh Hamimah bt Mohd Taha

Guru ICT Paling Dinamik - En Ali b Musa (Kategori Guru PPSMI)
Guru ICT Paling Dinamik - Pn Zarina bt Abdul Ghafar (Kategori Bukan Guru PPSMI)

Majlis Penutup Minggu ICT 2010 telah diadakan pada 2 Ogos 2010. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan kepada murid-murid yang berjaya dalam aktiviti yang telah dijalankan. Pertandingan Melukis Poster Hari Guru Berkomputer kategori guru telah dimenangi oleh Cik Hjh Hamimah bt Mohd Taha. Jawatankuasa Pembestarian Sekolah telah memilih En Ali b Musa (Guru PPSMI) dan Pn Zarina bt Abd Ghaffar ( Bukan Guru PPSMI) sebagai Guru ICT Paling Dinamik. Terima kasih semua yang terlibat dan tahniah kepada semua pemenang.

Wednesday, July 21, 2010

Ujian Permata Pintar UKM2

Tahniah kepada 3 orang pelajar SKKG yang telah berjaya melepasi Ujian Saringan UKM1. Mereka telah menduduki Ujian Permata Pintar UKM2 di UTEM, Melaka pada 20 Julai 2010.
1. Nor Lyana bt Abdullah
2. Mohd Syafiq b Zainal Abidin
3. Nor Atiqah bt Mazli.

Tuesday, July 20, 2010

Perkembangan Staff- Program Photo Story 3 (fasa 2)

Jawatankuasa Pembestarian Sekolah telah mengadakan perkembangan staff untuk guru bagi Program Photo Story 3 fasa 2. Program tersebut diadakan di Makmal Komputer pada 20 Julai 2010 pada jam 1.10 petang. Program Photo Story ini boleh digunakan dalam P&P, dengan memasukkannya dalam Microsoft PowerPoint atau yang setara dengannya.

Tuesday, July 13, 2010

Program Jom Celik IT sesi 1 2010

Makmal Komputer telah menjalankan Program Jom Celik IT sesi 1 bagi program Microsoft Word pada 24 Jun 2010 (Khamis -1.10 - 2.00 ptg). Seramai 29 orang pelajar telah menyertainya. Fasilitator bagi program ini ialah juru teknik sekolah En. Jama' Abdilla bin Wahid.

Program Jom Celik IT

Jawatankuasa Pembestarian sekolah telah mengadakan satu Program Jom Celik IT yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Makmal Komputer khas untuk pelajar SKKG. Program ini akan dijalankan seminggu sekali pada hari Khamis (jam 1.10 -2.00 petang) mengikut tarikh yang ditetapkan. Antara cadangan tarikh dan program yang dijalankan ialah:-

  • 15 Julai 2010 - Microsoft Excell
  • 22 Julai 2010 - Microsoft PowerPoint
  • 29 Julai 2010 - Photo Story 3
  • 05 Ogos 2010 - Facebook
  • 12 Ogos 2010 - Membina Blog

Friday, July 2, 2010

Perkembangan Staff- Program Photo Story 3

Jawatankuasa Pembestarian Sekolah telah mengadakan perkembangan staff untuk guru bagi Program Photo Story 3. Program tersebut diadakan di Makmal Komputer pada 30 Jun 2010 pada jam 1.10 petang. Program Photo Story ini boleh digunakan dalam P&P, dengan memasukkannya dalam Microsoft PowerPoint atau yang setara dengannya.

Jadual Makmal Komputer 2011

Cara download Jadual Makmal Komputer 2011
Klik pada link di bawah.
Klik butang hijau 'Download now'
Tunggu hingga kiraan saat habis. Klik 'Download file now'

klik 'OK'

Tunggu hingga habis download. Klik 2 kali pada Jadual Makmal Komputer. Jadual Makmal Komputer akan terpapar dalam Microsoft Words.
Selamat Mencuba

-
JADUAL MAKMAL KOMPUTER - 3 JAN 2011 - 27MEI 2011.doc

Thursday, June 24, 2010

Majlis Perasmian Minggu ICT 2010


Majlis Perasmian Minggu ICT pada 03 Mei 2010(Isnin). Dirasmikan oleh Tn Hj Amir bin Basar, Penolong Pengarah BTPN Melaka. Tetamu jemputan Tn Hj Hashim bin Khalil, Pegawai Teknologi, PKG 05 Kampong Gelam, Melaka.

Sunday, April 25, 2010

Peraturan Makmal Komputer

1. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
2. Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Guru Penyelaras ICT.
3. Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.
4. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Guru Penyelaras ICT.
5. Pelajar dilarang melaraskan pengdingin hawa.
6. Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.
7. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.
8. Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
9. Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.
10. Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.
11. Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
12. Dilarang membuat bising di dalam makmal.
13. Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu.
14. Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer.
15. Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.
16. Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras.
17. Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan oleh guru.
18. Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.
19. Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log komputer.
20. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.

Friday, April 23, 2010

Ujian Saringan PERMATApintar UKM1 Versi 2010

UJIAN SARINGAN PERTAMA PERMATApintar UKM1 VERSI 2010: 1 MAC – 31 MEI 2010
Sukacita dimaklumkan, Ujian PERMATApintar UKM1 Versi 2010 secara talian telah bermula pada 1 Mac 2010 dan akan berakhir pada 31 Mei 2010. Ujian tersebut adalah bertujuan untuk mencari pelajar pintar cerdas berusia 7 tahun hingga 15 tahun untuk menyertai Program PERMATApintar Negara.
2. Sehubungan dengan itu, pelajar boleh mengambil ujian secara talian (on-line) melalui laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my dan boleh mengambil di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan tempat-tempat lain yang boleh mengakses rangkaian in ternet. Ujian tersebut adalah terbuka dan pelajar boleh berhenti pada bila-bila masa dan menyambung semula ujian tersebut hingga tamat dengan memasukkan nombor MYKAD/MYKID/Surat Beranak. Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
3. Pelajar yang berjaya melepasi skor kelayakan untuk menduduki ujian saringan kedua UKM2 yang akan dimaklumkan melalui laman sesawang mulai 7 Jun 2010. Ujian saringan kedua akan dilakukan secara terkawal pada tarikh dan pusat ujian yang akan dimaklumkan melalui laman sesawang PERMATApintar.

Thursday, April 22, 2010

Waktu Perkhidmatan Makmal Komputer

ISNIN HINGGA KHAMIS
Jam 7.45 pagi - jam 5.00 petang

JUMAAT
Jam 7.45 pagi - jam 12.00 tengahari
Jam 2.30 tengahari - jam 5.00 petang

Friday, April 16, 2010

Perkhidmatan Makmal Komputer

* P&P berkomputer
* Pembelajaran atas talian [on-line]
* Penggunaan komputer
* Penggunaan aplikasi Microsoft Office
* Penggunaan pencetak/pengimbas
* Internet
* Penggunaan dan pinjaman CD Pendidikan
* Sudut pameran komponen komputer
* Sudut informasi Zoom-A
* Sudut pameran hasil kerja murid
* Sudut pameran CD Pendidikan
* Sudut bacaan

Wednesday, April 14, 2010

Objektif Makmal Komputer

Membantu guru-guru ke arah pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan.

Melengkapkan guru dengan kemahiran pembelajaran multimedia.

Memperluaskan pengalaman serta pengetahuan sedia ada pada guru.

Membentuk generasi sekolah yang cintakan ilmu.

Melahirkan pelajar yang mampu bersaing dalam era ICT.

Pengenalan Makmal Komputer

Makmal Komputer SK Kampong Gelam merupakan komponen Pusat Sumber Sekolah yang telah siap dibina pada bulan Ogos 2003. Hingga sekarang, makmal ini mempunyai sebanyak 22 buah komputer multimedia beserta sebuah komputer pelayan yang disambungkan terus ke jaringan internet melalui rangkaian MySchoolNet.

Makmal komputer ini merupakan salah satu entiti penting bagi warga SK Kampong Gelam di atas keberkesanannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan penggunaan cakera padat bahan bantu mengajar yang disediakan, guru dan murid telah menggunakan sepenuhnya makmal ini dengan baik dan menyeluruh. Struktur jawatankuasa makmal pula terdiri dari guru-guru komputer dan dibantu oleh para pengawas serta wakil murid yang telah dipilih khas.
Harapan kami agar Makmal Komputer ini mampu untuk membantu melahirkan warga SK Kampong Gelam sebagai murid yang mahir dan celik I.T bagi menyahut Wawasan Pendidikan yang sering dilaungkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...