Pengenalan
Minggu ICT adalah merupakan satu program tahunan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembestarian Sekolah dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah di sekolah ini, sejajar dalam memenuhi trend masa kini di dalam era IT. Minggu ICT akan bermula dari 3 Mei hingga 7 Mei 2010. ia dilaksanakan bagi menyahut cita-cita murni negara untuk membestarikan sekolah. Di samping itu diharapkan program yang dijalankan ini dapat membina dan mengekalkan budaya penggunaan ICT di kalangan guru dan pelajar.
Program Minggu ICT ini akan dilaksanakan di sekolah ini sebagai satu program tahunan. Semoga usaha ini akan membantu penghasilan warganegara yang celik IT.
Matlamat
Mewujudkan budaya ICT di kalangan warga SK Kampong Gelam.
Objektif
- Menjadikan pelajar celik ICT dan berwawasan dalam memajukan diri.
- Menambah ‘contact hour’ antara pelajar dan komputer.
- Meningkatkan kesedaran tentang pendidikan sepanjang hayat melalui ICT
- Menggalakkan perkongsian ilmu dan penggunaan ICT dalam pendidikan
- Mewujudkan jalinan rangkaian kepakaran dalam pendidikan
Sasaran
Semua guru dan murid SK Kampong Gelam
PERANCANGAN AKTIVITI
Aktiviti Pusat Akses Sekolah
Umum ( 03-07 Mei 2010)
1. Kuiz Program Zoom-a terbuka kepada semua murid.
Khusus ( 03-07 Mei 2010)
1. Teka silang kata – Dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Inggeris (ICTL) dalam waktu
Bahasa Inggeris dan pilih 3 terbaik untuk setiap kelas.
Aktiviti Makmal Komputer
Umum ( 03-07 Mei 2010)
1. Pertandingan Poster Hari Guru 2010
Pelajar dan guru menghasilkan poster menggunakan Aplikasi Komputer sempena Hari Guru 2010 bersaiz A4.
2. Pameran hasil kerja pelajar, komponen komputer dan sudut bacaan semasa waktu rehat dan balik di Makmal Komputer.
Pameran ICT
Khusus ( 06 Mei 2010- Selasa)
1. Pameran ICT dengan kerjasama K-Ekonomi, e-melaka dari Inkubator Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Aktiviti PPSMI
Khusus ( 05 Mei 2010- Rabu)
1. P&P menggunakan Program Zoom-a (Wireless Internet)
Guru diwajibkan menggunakan LCD dan notebook sepanjang hari di dalam kelas yang ada LCD.
Aktiviti Juruteknik
Khusus ( 03, 04, 06 dan 07 Mei 2010- Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat)
1. Menyiarkan EduWebTv sepanjang waktu rehat 1 dan 2. Di samping itu pelajar akan menjawab kuiz EduWebTv.
Aktiviti Selepas Persekolahan
Umum ( 03-07 Mei 2010)
1. Kuiz ICT online- http://www.proprofs.com/quiz-school/story.php?title=kkmhkuiz-1-word-2003-