Guru Besar Tn Hj Rosli bin Hj Abu Bakar |
27 Januari 2011- Sekalung tahniah untuk Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam yang telah mendapat panarafan 5 bintang SSQS (Smart School Qualification Standards). Pada tahun 2009 Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam telah mencapai 4 bintang dalam SSQS. Banyak penambahbaikan yang dilakukan untuk melonjak ke 5 bintang, antaranya bekerjasama dengan PIBG memasang kemudahan wifi disediakan untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan secara langsung dari dalam kelas. Beberapa kelas terpilih telah dipasang komputer dekstop di dalam kelas agar pelajar membuat ujian yang telah dihantar melalui program Zoom-a oleh guru pada hari Selasa, Rabu dan Khamis bermula jam 7.15 pagi hingga 7.45 pagi. Stesyen Komuniti juga disediakan yang memberi kemudahan kepada komuniti sekitar sekolah untuk menggunakan internet secara percuma. Selain Pusat Akses Sekolah yang dibuka pada waktu rehat untuk pelajar, Perpustakaan Sekolah juga dibekalkan 4 buah komputer berinternet untuk memudahkan pelajar melayari internet pada waktu rehat. Di samping itu Makmal Komputer juga dibuka sehingga jam 5 petang untuk kegunaan pelajar. Di samping itu pelajar-pelajar boleh menggunakan pencetak berwarna mencetak folio atau bahan maklumat yang diperlukan secara percuma. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT penggunaan ICT di sekolah. Penarafan 5 bintang ini adalah hasil usaha dan kerjasama antara pihak pentadbir, Pusat Sumber Sekolah, Pembestarian Sekolah, PIBG, guru-guru, murid-murid dan staf sokongan bagi mencapai tahap kualiti yang ditentukan.
No comments:
Post a Comment