Monday, February 21, 2011

Teks ucapan Guru Besar


TEKS UCAPAN GURU BESAR – PENGEMBARAAN VIDEO ICT 5 BINTANG OLEH BTPN MELAKA
Mukadimah
Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam melangkah setapak lagi dengan pengiktirafan 5 bintang melalui Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun 2010. dengan arus teknologi ICT yang berkembang pesat, kami semestinya tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama mengaplikasikan dan menerokanya. Dalam mendukung usaha membudayakan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam mengambil langkah membina blog rasmi untuk memberi informasi yng terkini di samping mengambil beberapa langkah memperlengkapkan murid-murid dengan dunia IT.

Prasarana
Makmal komputer yang dibina pada tahun 2002 dan mula digunakan pada 2003 dengan 20 komputer yang bernetworking dan dilengkapi dengan pembesar suara wireless. Pada tahun 1999 Jendela Siber telah diwujudkan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan kapasiti 4 buah komputer. Akhirnya pada tahun 2007 Jendela Siber telah diubahsuai dan diganti dengan Pusat Akses Sekolah dengan kapasiti 10 komputer telah menjadi peneraju dalam perkembangan ICT di sekolah ini. Dalam mengejar arus kejayaan beberapa kelas terpilih telah disediakan kemudahan komputer berinternet yang membolehkan murid-murid mengakses Program Zoom-a, Score A dan EduwebTV di dalam kelas untuk melonjakkan kecemerlangan UPSR. Di samping itu, bilik-bilik khas juga dibekalkan komputer yang berinternet antaranya pejabat, bilik Guru Besar, semua bilik GPK, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Tayang, Pra Sekolah, Kemahiran Hidup, bilik Sains dan bilik guru. Semua bilik-bilik khas dan kawasan sekitarnya boleh mengakses internet wifi pada bila-bila masa.

Penggunaan
Makmal Komputer dan Pusat Akses sekolah telah digunakan secara optimum oleh warga sekolah. Talian internet Schoolnet dan Streamyx telah membantu pelaksanaan P&P berkomputer di Makmal Komputer, Pusat Akses Sekolah dan dalam kelas. Purata kekerapan penggunaan komputer di Makmal Komputer adalah 586 kekerapan dalan sebulan. Ini menunjukkan guru-guru dan pelajar sangat aktif menggunakan komputer. Di samping itu kemudahan wifi telah disediakan dan internet boleh diakses di seluruh kawasan sekolah dan komuniti di sekitar kawasan sekolah. Guru-guru juga boleh menggunakan pelbagai bahan dari internet untuk P&P di dalam kelas secara langsung. Makmal Komputer dan Pusat Akses Sekolah telah disediakan jadual penggunaan. Pada waktu rehat pelajar boleh menggunakan komputer dan mengakses internet di Pusat Akses Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah. Pada waktu petang Makmal Komputer dibuka sehingga jam 5 petang. Manakala komuniti sekeliling boleh mengakses internet di ”stesyen wifi” yang disediakan.

Kesan
Dalam bidang akademik, kecemerlangan sekolah ini telah berjaya dipertingkatkan melalui pencapaian peratus kelulusan lulus 65.5% pada tahun 2010 berbanding 63.1% pada tahun 2009. Pelbagai program kecemerlangan UPSR telah dilaksanakan pada tahun ini seperti penggunaan program atas talian Zoom-A, EduwebTv serta Score A dan sebagainya. Melalui pembestarian sekolah menggalakkan pemikiran secara kritis dan kreatif, berfokus kepada murid serta menekankan cara pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri, dan terarah kendiri.
Manakala pengurusan sekolah yang mantap dan berkesan merupakan penentu kepada kejayaan pembestarian sekolah. Selain dari itu juga ianya dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan pelajar celik IT serta pendedahan maklumat teknologi tanpa sempadan tidak kira guru-guru, murid dan komuniti.

Harapan
Harapan saya, Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam akan terus meningkatkan kecemerlangan dalam bidang ICT selaras dengan Visi Pembestarian Sekolah iaitu ”Menjelang 2015 Seluruh Warga SKKG Membudayakan ICT”

Akhir kata, kejayaan akan dicapai dengan usaha yang gigih selaras dengan moto sekolah ini ‛Rajin Usaha Jaya’.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...